Apakah Rahsia Nesan Tua ini?

Oleh:
Syed Jaafar Aznan

25/11/2021.

Siapa pemilik nesan ini? Nesan Aceh No. 4 dalam kawasan Makam DiRaja, Teluk Bakung, Parit, Perak jadi tandatanya.

(Nesan kepala No.4, dalam makam diraja di Teluk Bakung, Parit, Perak. Pandangan bahagian hadapan dari sudut utara)
Makam DiRaja di Teluk Bakung. Nesan Sultan Muzaffar Shah I bertanda nombor 2 dalam gambar. Nesan ini asalnya buatan nesan Aceh, tetapi telah rosak dan terkemudian diganti dengan nesan batu tempatan.
Nesan kepala No. 4 – Pandangan dari selatan (bahagian belakang).
Nesan kepala No. 4. Pandangan dari atas.
Nesan kaki No.4 – Pandangan dari utara.
Nesan kepala No.1 – Dikatakan nesan anak Sultan Muzaffar Shah I. Pandangan dari utara.
Nesan no. 3 – Batu nesan kepala Syed Husain Al Faradz Jamalullail di Teluk Bakung, Parit. Bentuk nesan Aceh ini tergulung dalam nesan Aceh abad ke 16 M.

Inilah gambar sebuah nesan tua di Teluk Bakung, Parit, Perak. Nesan tua ini diperbuat dari batu Aceh abad 16 Masehi. Ia antara empat pasang nesan yang berada dalam kawasan Makam Diraja di situ yang juga menempatkan nesan Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama 1528 – 1549. Nesan ini berkedudukan ke empat jika dikira dari sudut barat, di hujung kawasan Makam Diraja tersebut. Sebagai rujukan, nesan Sultan Muzaffar Shah I di kedudukan ke dua dari sudut barat.Ada beberapa pendapat mengenai siapa pemunya nesan tersebut:

  1. Nesan nombor 4 dalam gambar di atas berada dalam kawasan Makam Diraja. Besar kemungkinan ia kepunyaan seorang ahli keluarga Sultan Muzaffar Shah I, ataupun seorang yang sangat akrab dengan baginda.
  2. Nesan Aceh itu bersaiz besar dan berbentuk bunga dan ini membawa kepercayaan yang ia adalah nesan untuk seorang perempuan berkedudukan tinggi. Tetapi ada juga pengkaji berpendapat bahawa bentuk bunga itu tidak semestinya dikhaskan kepada perempuan, dan boleh juga untuk seorang lelaki.
  3. Ada pengkaji berpendapat bahawa nesan tua ini kepunyaan Tun Merah, isteri kepada Sultan Muzaffar Shah I. Tetapi ada pendapat lain ia kepunyaan seorang lelaki yang berkedudukan tinggi dan akrab dengan baginda sultan.

Ada beberapa kalimah dalam tulisan Arab dan Jawi lama diukir pada batu nesan Aceh ini. Kalimah-kalimah inilah yang menjadi kunci dan rahsia atas siapa sebenarnya pemunya nesan tersebut, dan kaitannya dengan sejarah awal negeri Perak.

Masalahnya, merika yang pernah mengkaji perkara ini memberi tafsiran berbeza atas kalimah-kalimah tersebut.

Pada pendapat saya pakar-pakar sejarah awal negeri Perak dan pakar-pakar bahasa Arab dan Jawi lama perlu mengkaji perkara ini dengan teliti. Maklumat yang diperolehi akan membuka rahsia nesan tersebut, dan memberi pencerahan kepada sejarah awal negeri Perak.

Design a site like this with WordPress.com
Get started